Webinar
Jul 29, 2020
13:30
14:30

Panduan Permohonan Geran Padanan Digital PKS bersama Digi & BSN

Panduan Digi untuk meningkatkan peluang kelulusan permohonan Geran Padanan Digital PKS.

Jom sertai kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat kelayakan dan cara untuk meningkatkan peluang kelulusan permohonan Geran Padanan Digital PKS. Kami juga akan berkongsi tentang kesilapan umum pemohon yang menyebabkan aplikasi anda ditolak dan faedah-faedah alatan digital walaupun syarikat anda tidak memenuhi kriteria kelayakan.

Ahli panel:

  • Azwar Osman, Pengurus Pembangunan Perniagaan di Digi-X, Digi Telecommunications
  • Mohd Azian Bin Abu Samah, Pengurus Perniagaan Mikro, Bank Simpanan Nasional (BSN)

Apakah Geran Padanan Digital PKS?

Geran Padanan Digital PKS adalah tawaran oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) kepada PKS untuk mendigitalisasikan perniagaan. Kerajaan menawarkan geran padanan sebanyak 50% yang berjumlah sehingga RM5,000 kepada setiap syarikat yang berkelayakan bagi langganan sistem di dalam 5 Bidang Digitalisasi Utama.

Sertai kami untuk mengetahui:

  • Panduan permohonan Geran Padanan Digital PKS yang bernilai sehingga RM 5,000
  • Cara permohonan yang betul
  • Kesilapan umum yang menyebabkan permohonan ditolak
  • Sesi soal jawab bersama wakil perbankan