Digi Telecommunications Sdn. Bhd. (201283-M)
Last updated on 3 May 2021
Digi Telecommunications Sdn Bhd (dan Kumpulan Telenor, dimana kami merupakan sebahagian daripadanya) (dirujuk sebagai "Digi" atau "kami") komited dalam melindungi dan menghormati privasi anda.
Digi adalah penyedia perkhidmatan sambungan mudah alih dan Internet. Pejabat kami terletak di Lot 10, Jalan Delima 1/1, Subang Hi-Tech Industrial Park, 40000 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
altHR adalah solusi awan bagi sumber manusia melalui aplikasi mudah alih ("Aplikasi") dan laman web ("Aplikasi Web"), yang merangkumi fitur seperti pengurusan cuti, tuntutan perbelanjaan, permintaan perjalanan, pembayaran gaji, dan pengurusan pekerja. Dalam Notis Privasi ini, "Pelanggan" bermaksud organisasi (syarikat atau entiti) yang melanggan altHR, dan "Pengguna" bermaksud setiap individu yang memiliki akses ke Aplikasi dan/atau Aplikasi Web kami. Pelanggan dan Pengguna juga boleh dirujuk sebagai "anda" dalam konteks yang sesuai.
Notis Privasi ini menjelaskan perkara berkaitan dengan cara kami mengumpul, menggunakan, memproses dan menyimpan maklumat peribadi anda apabila Pelanggan dan/atau Pengguna kami melanggan altHR dan menggunakan fitur yang berkaitan, atau melayari laman web altHR kami (secara kolektif dirujuk sebagai "Perkhidmatan"). Sila baca Notis ini bersama dengan Terma & Syarat dan altHR Privacy & Security Whitepaper.
Digi akan memproses data peribadi anda berdasarkan:
2.1 Perlaksanaan kontrak anda dan bertindak atas permintaan anda. Contohnya, memberi Perkhidmatan yang telah dilanggan, membolehkan Pengguna mengemukakan tuntutan perbelanjaan dan permintaan cuti, dan menawarkan sokongan teknikal yang diperlukan oleh Pelanggan.
2.2 Kepentinganperniagaan yang sah, sebagai contoh, pencegahan penipuan, menjaga keselamatan Perkhidmatan kami, pemasaran langsung dan peningkatan dalam Perkhidmatan kami. Setiap kali kami merujuk pada asas kesahihan ini untuk memproses data anda, kami menilai kepentingan perniagaan kami untuk memastikan semua perkara tidak melanggar hak anda. Untuk maklumat lanjut tentang hak anda,sila layari bahagian 'Apakah Hak Anda?' di bawah.
2.3 Pematuhankepada undang-undang mandatori, termasuk keperluan perakaunan dan cukai, dan apa-apa permintaan yang sah daripada pegawai kerajaan atau penguat kuasa undang-undang.
2.4 Persetujuanyang anda berikan di mana Digi tidak bergantung kepada asas perundangan yang lain. Pelanggan akan memastikan bahawa ia telah memperoleh/akan memperoleh semua persetujuan yang diperlukan dan mematuhi undang-undang yang berkaitan bagi Digi memproses maklumat peribadi berdasarkan Notis Privasi ini. Apabila anda memberikan persetujuan anda, anda boleh menarik balik padabila-bila masa. Untuk maklumat lanjut tentang hak anda, sila layari bahagian'Apakah Hak Anda?' di bawah.
Kami mengumpul maklumat peribadi daripada Pelanggan dan Pengguna kami melalui tiga cara:
3.1 Maklumat yang anda berikan kepada kami
Digiakan mengumpul maklumat peribadi anda apabila anda:
(i) Mendaftar atau menggunakan mana-mana Perkhidmatan kami,
(ii) Menghubungi kami melalui pelbagai saluran atau meminta maklumat mengenai Perkhidmatan kami,
(iii) Mengambil bahagian dalam tinjauan (survey),
(iv) Menerbitkan maklumat anda secara terbuka, dan
(v) Merupakan pelanggan kepada perniagaan milik kami
3.2. Maklumat yang kami kumpulkan secara automatik
(i) Apabila anda menggunakanperkhidmatan kami,
(ii) Apabila anda melayari mana-mana laman web kami, kami menggunakan kuki (fail teks kecil yang disimpan dalam penyemak imbas anda) dan teknik lain seperti suar web (fail gambar kecil yang jelas digunakan untuk mengesan pergerakan anda di laman web kami). Untuk maklumat lanjut tentang perkara ini dan cara memilih keluar, sila layari 'Notis Kuki'.
3.3. Maklumat daripada sumber lain
(i) Kami juga mengumpul maklumat menerusi sumber daripada pihak ketiga sebelum menyediakan perkhidmatan kepada anda, atau di mana anda telah memberi kebenaran kepada syarikat lain untuk berkongsi maklumat mengenai anda. Sumber daripada pihak ketiga termasuk agensi pencegahan penipuan, direktori perniagaan, agensi pemeriksaan ataurujukan kredit, penyedia pembayaran, rakan niaga, dan penyedia rangkaian yang berkaitan.
Jenis maklumat yang kami kumpulkan bergantung pada langganan anda, penggunaan Perkhidmatan kami, dan cara anda berinteraksi dengan kami. Ini termasuk:
4.1 Cara berhubung, bil dan maklumat lain yang diberikan oleh Pelanggan
Antaranya termasuk:
(i) Nama syarikat,
(ii) Nombor pendaftaran syarikat,
(iii) Nombor telefon,
(iv) Alamat emel,
(v) Saiz syarikat
(vi) Maklumat industri,
(vii) Maklumat pembayaran,
(viii) Maklumat keselmatan yang digunakan untuk pengesahan,
(ix) Akses kepada maklumat akaun dan perkhidmatan, serta
(x) Maklumat yang anda berikan dalam tinjauan, atau promosi yang ditaja oleh Digi.
4.2 Cara berhubung, bil dan maklumat lain yang diberikan oleh Pengguna
Antaranya termasuk:
(i) Nama,
(ii) Alamat emel,
(iii) Gambar,
(iv) Rakaman suara,
(v) Maklumat keselmatan yang digunakan untuk pengesahan,
(vi) Akses kepada maklumat akaun dan perkhidmatan, serta
(vii) Maklumat yang anda berikan dalam sebarang komunikasi, tinjauan, atau promosi yang ditaja oleh Digi.
4.3 Bagaimanaanda menggunakan Perkhidmatan kami dan peranti anda
Antaranya termasuk:
(i) Penggunaan aplikasi and fitur seperti versi aplikasi dan sejarah pembelian,
(ii) Maklumat peranti dan pengenalpasti,
(iii) Alamat IP, serta
(iv) Lokasi GPS bagi fitur tertentu.
Kami mungkin tidak dapat memproses permohonan anda dan/ataumemberi perkhidmatan kami atas sebab-sebab seperti:
(i) Sekiranya anda gagal memberikan maklumat peribadi yang diperlukan;
(ii) Jika maklumat peribadi yang diberikan tidak lengkap dan tidak tepat; dan/atau
(iii) Jika anda menarik balik persetujuan untuk memproses maklumat peribadi anda.
Perkhidmatan kami mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga, atau akses pada perkhidmatan daripada pihak ketiga (seperti penyedia insurans). Kami tidak mempunyai kawalan terhadap bagaimana laman web dan perkhidmatan daripada pihak ketiga memproses maklumat peribadi anda dan kami tidak bertanggungjawab terhadap amalan privasi mereka. Sila baca notis privasi mana-mana laman web atau perkhidmatan daripada pihak ketiga yang anda akses dari laman web atau Perkhidmatan kami.
Digi boleh menggunakan dan memproses maklumat peribadi anda untuk tujuan berikut:
5.1. Untuk memberi anda perkhidmatan kami
(i) Memproses permohonan dan memberi anda Perkhidmatan kami.
(ii) Pengebilan dan perkhidmatan pelanggan
(iii) Perkhidmatan mesej
5.2. Untuk mengurus dan meningkatkan perkhidmatan kami
(i) Untuk memberikan sokongan teknikal, pencarisilapan (troubleshooting), dan kegunaan lain dalam Perkhidmatan kami untuk pengalaman yang lebih baik.
Untuk membangunkan perkhidmatan yang lebih menarik dan relevan
5.3. Untuk menghantar material pemasaran dan memperibadikan perkhidmatan kami kepada anda
(i) Pemasaran
(ii) Pengiklanan dalam talian
5.4 Untuk menjalankan penyelidikan dan analitis
(i) Untuk menjalankan penyelidikan, memantau dan menganalisis penggunaan anda terhadap Perkhidmatan kami secara anonim atau peribadi, dalam mengenal pasti trend umum, menjalankan penyelidikan atau tinjauan pasaran, analisis pemasaran dalaman, kumpulan pelanggan, membangunkan Perkhidmatan baharu dan meningkatkan pemahaman kami tentang corak, tingkah laku serta pilihan pelanggan.
(ii) Untuk membuat statistik agregat mengenai jualan, trafik rangkaian pelanggan, corak lokasi dan demografi pelanggan kami. Statistik agregat tersebut tidak termasuk maklumat yang secara peribadi boleh mengenal pasti anda.
5.5. Untuk melakukan pemeriksaan kredit, pencegahan penipuan dan langkah-langkah keselamatan
(i) Pemeriksaan kredit
(ii) Pencegahan penipuan dan keselamatan
Kami menggunakan rakan kongsi dan penyedia perkhidmatan untuk pelbagai tujuan perniagaan. Dalam kes sedemikian, jika berkenaan, kami berkongsi maklumat mengenai Pelanggan dan Pengguna kami bersama:
6.1 Afiliasi: Kami berkongsi maklumat peribadi anda dengan Kumpulan Telenor untuk aktiviti pemprosesan yang disenaraikan dalam bahagian ‘Bagaimana Kami Mengunakannya’ di atas.
6.2 Pemproses Data: Kami menggunakan perkhidmatan pihak ketiga untuk memproses maklumat peribadi anda bagi pihak kami dan atas arahan kami, seperti vendor IT.
6.3 Rakan Kongsi Perniagaan: Kami bekerjasama dengan rakan kongsi untuk memberikan perkhidmatan yang anda langgan, termasuk pembelian dalam aplikasi dan penghantaran pakej bagi pihak kami.
6.4 Penyedia Perkhidmatan: Kami berkongsi maklumat anda kepada pembekal perkhidmatan seperti penyedia insurans yang dihubungkan dengan Perkhidmatan kami, sehingga membolehkan anda menggunakan Perkhidmatan yang dilanggan.
6.5 Rakan Pemasaran: Kami berkongsi maklumat anda dengan rakan pemasaran dan pengiklanan untuk membawakan kandungan yang bersesuaian dan perkhidmatan yang lebih baik buat anda.
6.6 Penyelidik: Kami berkongsi maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga untuk tujuan penyelidikan atau analitis statistik dalam membantu kami memahami cara anda menggunakan perkhidmatan kami.
6.7 Penasihat Profesional: Kami menggunakan perkhidmatan penasihat profesional mengenai perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan kami, termasuk agensi kutipan hutang, agensi laporan kredit, penasihat undang-undang, akauntan dan juruaudit.
6.8 Pengurusan Penipuan: Kami akan memberikan maklumat jika tindakan tersebut munasabah untuk tujuan melindungi kami daripada penipuan, mempertahankan hak atau harta kami, atau melindungi kepentingan Pelanggan kami.
6.9 Penguatkuasaan Undang-undang: Kami juga mungkin perlu memberikan maklumat anda dalam mematuhi perundangan dan memenuhi tuntutan undang-undang pihak berkuasa. Data peribadi anda hanya akan diberikan bagi tujuan yang sah; iaitu apabila kami diwajibkan untuk berbuat demikian, berdasarkan undang-undang dan menuruti penilaian menyeluruh terhadap semua keperluan undang-undang.
6.10 Organisasi lain: Jika syarikat kami mengalami rombakan atau dijual kepada organisasi lain, kami akan memberikan maklumat anda kepada organisasi tersebut.
Jika anda membeli produk atau perkhidmatan pihak ketiga melalui akaun altHR anda, kontrak anda adalah bersama dengan pihak yang menjual produk atau perkhidmatan tersebut. Sebagai sebahagian daripada urusan ini, anda bersetuju bahawa Digi boleh memberi maklumat peribadi yang tertentu (sebagai contoh, untuk mengesahkan maklumat anda) kepada pihak-pihak tersebut untuk melengkapkan pembelian anda. Terma dan syarat, notis privasi dan kuki daripada pihak tersebut akan digunapakai bagi penggunaan maklumat peribadi anda. Oleh itu, sila baca dengan teliti.
Apabila kami berkongsi maklumat peribadi anda, kami akan memastikan penerima akan melindungi privasi anda, menyimpan maklumat peribadi anda dengan selamat serta memprosesnya mengikut undang-undang dan notis privasi ini.
Kami tidak akan menjual maklumat peribadi anda yang kami proses kepada pihak ketiga tanpa persetujuan anda.
Kami akan menyimpan maklumat peribadi anda selagi perlu bagi tujuan yang kami kumpulkan dan memprosesnya, kecuali apabila tempoh penyimpanan yang lebih panjang diperlukan oleh undang-undang Malaysia. Maklumat anda akan dipadamkan mengikut Jadual Pengekalan kami di bawah.
Kami mempunyai pasukan keselamatan yang sentiasa mengkaji semula dan memperbaiki langkah keselamatan untuk melindungi maklumat peribadi anda daripada sebarang kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses atau pendedahan yang tidak dibenarkan atau tidak disengajakan, pengubahan atau pelupusan.
Kami tidak akan meminta maklumat peribadi atau akaun anda melalui kaedah komunikasi yang tidak disahkan. Anda bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan maklumat peribadi dan akaun anda dan tidak berkongsi kepada orang lain. Sila rujuk pada altHR Privacy & Security Whitepaper untuk maklumat lebih lanjut.
Laman web kami mempunyai pautan ke laman web pihak ketiga. Kami tidak bertanggungjawab terhadap keselamatan dan kandungan laman web pihak ketiga tersebut. Pastikan anda membaca notis privasi dan kuki organisasi tersebut sebelum menggunakan atau memberi maklumat peribadi anda di laman web mereka.
Anda mempunyai hak terhadap maklumat peribadi anda yang diberikan kepada kami. Hak privasi anda termasuk:
10.1 Hak untuk menarik balik persetujuan: Anda mempunyai hak untuk menarik balik persetujuan yang anda berikan kepada kami untuk menggunakan, memproses atau berkongsi maklumat peribadi anda dengan menghubungi kami. Walau bagaimanapun, menarik balik persetujuan yang telah dilakukan akan menyebabkan kami tidak dapat memproses permohonan anda dan/atau memberikan anda Perkhidmatan kami.
10.2 Hak untuk mengakses maklumat anda: Anda boleh meminta salinan maklumat peribadi yang kami ada tentang anda dengan menghubungi kami atau mengakses maklumat tersebut secara terus melalui akaun altHR anda.
10.3 Hak untuk membetulkan maklumat peribadi: Anda boleh meminta untuk membetulkan atau mengubah maklumat peribadi anda yang tidak tepat dengan menghubungi kami atau melalui akaun altHR anda.
10.4 Hak untuk menghalang memprosesan:
(i) Anda boleh meminta kami untuk menggantung sementara aktiviti pemprosesan maklumat peribadi anda apabila anda mempunyai kebimbangan terhadap ketepatan, legitimasi dan undang-undang dalam pemprosesan. Semasa tempoh penggantungan sementara, kami tidak dapat memproses permohonan anda dan/atau memberi anda Perkhidmatan kami.
(ii) Anda boleh meminta supaya kami menghentikan aktiviti pemprosesan maklumat peribadi anda untuk tujuan pemasaran. Jika anda tidak lagi mahu menerima kandungan mesej yang diperibadikan dan pemasaran daripada Digi, anda boleh memilih untuk memilih keluar pada bila-bila masa.
Sila ambil perhatian: Anda akan masih menerima mesej pemasaran untuk tempoh yang singkat selepas memilih keluar buat sementara waktu sehingga kami mengemas kini rekod kami.
(iii) Anda boleh meminta supaya kami berhenti atau tidak memproses maklumat peribadi anda jika pemprosesan tersebut menyebabkan atau mungkin menyebabkan kerosakan atau tekanan yang tidak wajar kepada anda. Jika anda melakukan pilihan ini, kami tidak akan dapat memproses permohonan anda dan/atau memberikan perkhidmatan kepada anda.
Untuk memastikan bahawa maklumat peribadi anda dalam simpanan kami adalah betul dan terkini, kami mungkin dari semasa ke semasa menghubungi anda untuk mengesahkan ketepatan maklumat peribadi anda dalam rekod kami. Walau bagaimanapun, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan anda memberikan maklumat yang benar, tepat dan lengkap.
Perkhidmatan kami tidak ditujukan kepada kanak-kanak.
Digi berhak untuk meminda Notis Privasi ini dari semasa ke semasa berdasarkan perubahan dalam keperluan perniagaan, perundangan dan penguatkuasaan serta undang-undang yang terpakai. Kami menggalakkan anda untuk menyemak semula notis ini secara berkala, supaya anda dapat maklumat mengenai sebarang perubahan yang dibuat dengan memeriksa tarikh kuatkuasa di bawah.
Sekiranya kami membuat keputusan untuk menggunakan atau mendedahkan maklumat yang mengenal pasti anda secara peribadi dengan cara yang berbeza daripada apa yang kami nyatakan dalam Notis Privasi ini pada masa kami mengumpul maklumat daripada anda, kami akan memberi anda pilihan mengenai penggunaan atau pendedahan baharu dengan cara yang sesuai, yang mungkin termasuk pilihan untuk memilih keluar.
Dikemaskini pada Mei 2021
Selaras dengan keperluan undang-undang perlindungan data dan privasi Malaysia, Notis Privasi ini tersedia dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak konsisten atau percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, masalah, atau aduan berhubung dengan Notis Privasi ini, sila hantarkan ke: